Yang indah.

Tuesday 8 October 2013

Sebelum ke Beiwai.

Bismillahirrahmanirrahim.



"Kalau tak yakin Allah ada nak ajar something, 
Aku tak rasa aku mampu nak face benda (ujian) ni"
[If i dont have faith that Allah has bigger plans for me, I dont think I can even face this. (test)]







* * *


Sahabat,
setiap kita ada jalan yang berbeza.

Allah mengajarkan kita hikmah yang terlalu seni untuk kita sendiri meneliti .
Mungkin sekarang , mungkin nanti. Tapi, tetaplah percaya yang terbaik telah Allah aturkan untuk setiap hamba.

Tinggal lagi, kita.
Sama ada sedia menerima atau mentah-mentah menolak takdir yang telah Allah aturkan cantik.

Landasan perjuangan kita kan masih sama?
Teruslah bergerak, berhentilah mengeluh atas setiap perancangan kita yang Allah tangguhkan.

"Jika kau mengerti untuk apa dan kemana kau hidup, Kau hanya perlu untuk tersenyum lalu kembali menengadahkan kepalamu ke depan. Tekan kedua tanganmu diatas bumi, lalu bertolaklah untuk berdiri."

-Thufail al-Ghifari-


-Husna Najihah, Soalan-soalan panas-

* * *

Tinggal 2 hari lagi sebelum berangkat ke Beijing.


Pesan saya, untuk saya.

Luruskan niat. Datang ke Beijing bukan untuk suka-suka. Bukan untuk bermain-main.

Kita ada tanggungjawab.
Tanggungjawab untuk agama, negara, keluarga, diri sendiri.

Kita pembawa amanah.
Amanah dari semua.
Ketahuilah, diriku sayang..satu hari suka atau tidak, kau akan disoal oleh Allah atas setiap nikmat, setiap amanah.

Tuntutlah ilmu.
Sekecil apa pun, selagimana ia ilmu itu bermanfaat, akan ia bawa kebaikan kepada orang yang mengamalkannya.

Biarlah, ini bukan ilmu perubatan yang disanjung orang.
Asal kau tahu, selagi mana ilmu ini kau tuntut demi Tuhan, jangan kau menyesal.
Yang kau kejar bukan redha manusia, tapi redha Allah.

Bersungguh-sungguhlah.
Kerana keberadaan kau di sana nanti juga atas bantuan orang dan kasih sayang Allah.
Sanggup kau sia-sia kannya?
Sanggup kau bermalas-malasan disana?


Bangunlah. Jangan terleka dengan dunia. Ambil apa yang perlu di dunia. Jadikan bekalan menuju akhirat.
Bangunlah. Buka mata. Buka hati. Teruskan melangkah dengan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pedoman.
Tinggalkan jahiliyyah. Seandainya kau masih berat meninggalkan jahiliyyah kita di belakang, nescaya pasti lebih susah untuk meraih redhaNya.

Carilah kebaikan di sana. Berubahlah ke arah yang lebih baik.

Jadilah orang yang hidupnya bermatlamat.
Dan jadilah kamu orang yang matlamatnya hanya redha Allah semata.

Berbahagialah kamu dengan setiap ujian dan nikmat.
Boleh jadi, ujian itu penghapus dosamu yang menggunung.
Boleh jadi, Allah bermaksud mengangkat kamu ke kedudukan yang lebih tinggi, andai kau bersabar.

Nikmat yang kau peroleh, syukurilah, kerana akan Allah tambahkan andai kau bersyukur.
Andai kau kufur, ingatlah bahawa azab Tuhan itu sangat Syadid.

Tidaklah sia-sia kau tercampak di bumi Beijing melainkan ada aturan Allah yang cukup indah buat kau.
Tidaklah kebetulan kau tercampak di bumi Beijing melainkan Allah ingin mengajarkan kau sesuatu.
Susah, senang, hadapilah dengan hati yang lapang.
Kerana Allah tak pernah salah dalam menempatkan hamba-hambaNya.

Sungguh Allah tahu,
Kita memerlukan yang mana, dan diperlukan dimana.

Berhentilah menangisi hidup.
Bangkit dan berjuanglah.
Kerana hidup di dunia tak lama.
Sedangkan akhiratlah selamanya.

Ketahuilah,
setiap amalmu akan dihisab.
Hisablah dirimu selalu, sebelum kau dihisab oleh Allah.

Ikutilah kejahatan dengan kebaikan. Kerana kejahatan hanya akan terhapus dengan kebaikan.

Selalu tanyakan pada diri,
apa yang menjadi keutamaan dalam hidup kau?
Kalau sekadar ingin berseronok dan bermain-main, berhentilah.
Andai yang kau kejar hanya redha Tuhan, berbahagialah.

Jagalah solatmu.
Tunaikan di awal waktu.
Kerana amalan pertama yang akan dihisab itu, adalah solat kamu.
Hidupkan ruh solat kamu.
Jadikan ia, solat yang mampu mencegah kamu dari perbuatan keji dan mungkar.

Mulakan dan akhirkan harimu dengan tilawah Al-Quran.

Andai kau ditimpa ujian, mohonlah pertolongan Tuhan dengan sabar dan solat.
Ketahuilah, Allah bersama denganmu, andai kau bersabar.





Doakan kedua orang tuamu.
Ya Tuhan, kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihiku ketika aku kecil.

Jangan dilupakan ahli keluargamu.
Ya Allah, berilah hidayahMu pada mereka. Sungguh, Engkau sebaik-baik Pemberi Hidayah.

Guru-guru kamu.
Ya Allah, berilah mereka rezeki yang luas, ibadah yang kau terima dan kesihatan yang baik.

Jiran-jiran kamu.
Ya Allah, berkatilah mereka. Jadikanlah mereka orang-orang yang soleh dan musleh.

Sahabat-sahabat kamu.
Ya Allah, permudahkanlah setiap urusan mereka. Lepaskan setiap kesulitan dari mereka.

Saudara-saudara yang seTuhan dengan kamu di seluruh dunia.
Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami. Kuatkanlah hati mereka. Bantulah umat Islam menentang orang Kafir.

Sudah-sudahlah terperangkap dengan masa lampau.
History is history.
Cipta masa depan yang lebih baik.
Bina kehidupan yang Allah suka.

Ketahuilah,
Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya.
Seperti Hajar yang ditinggalkan di padang pasir bersama Ismail.
Seperti Maryam yang mengandungkan Nabi Isa as.
Seperti Seperti Nuh yang ditertawa ketika membina bahtera
Seperti Ibrahim ketika diarah menyembelih anaknya

Dalam tiap ujian, Allah mahu kau belajar sesuatu.
Ketahuilah.

Hati,
Tenanglah kamu.

Allah, jagalah dan lindungilah kami di daerah baru. Berikan kami kebaikan daerah baru dan kebaikan orang-orangnya.



Jadikanlah kami ini, ya Tuhan hamba-hambaMu yang diredhai.







081013
Kuala Lumpur






Saturday 28 September 2013

The Next alBanna.

 
 
 
 
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu.
Bertemu untuk mematuhi perintahMu
Bersatu memikul beban dakwahMu.
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.
Maka eratkanlah, ya Allah akan ikatannya.
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini.
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu.
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentangMu.
Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.
Ya Allah, restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami, Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.
 

Doa Rabithah diaminkan.

Tangan diraupkan ke muka. Dari atas ke bawah. Semua tutup Mathurat.

"Buka majlis dengan Ummul Furqan, AlFatihah." Semua tangan ditadah. Kepala ditundukkan sedikit. Mulut terkumat kamit. Selang 10 saat, bacaan AlFatihah diaminkan. Hampir serentak.

"Okie dokie. Semua dah bersedia?"

"Yes yes. Bersedia." Haikal bersuara, mewakili 4 usrahmates yang lain. Hamzah , Syamil, Najdi dan Izzuddin mengangguk laju.

"Good. Amir Hamzah mula dulu."

"Baiklah. Bismillah. Nama sebenar beliau ialah Imam Hassan bin Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna. Beliau dilahirkan di Iskandariah, Mesir. Tahun 1906. Basically, beliau sangat aktif dalam beberapa persatuan seperti Jamiyyah Makarim al-Akhlaqi al-Islamiyyah dan Jamiyyah al-Suluk al-Akhlaqi. Lepas tu, barulah beliau menubuhkan gerakan Ikhwanul Muslimin. Banyak dipengaruhi oleh fikrah dan cita-cita perjuangan Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin Al-Afghani. Beliau meninggal dunia ketika berumur 43 tahun.Ok, done my part. Haikal pulak. Oh lupa nak cakap, beliau meninggal dunia di Kaherah." Hamzah pandang Haikal.

"Ehem." Haikal Syafie berdehem, clearing his throat. "Anak Pak Dolah pergi pekan, Dengan Bismillah saya mulakan."

"Ok, permulaan yang menarik, Encik Pemantun Antarabangsa." Najdi Faiz pandang Haikal sambil membawa rambut hadapannya yang sedikit panjang itu ke belakang.

Haikal menarik senyum standardnya. Manis. Mungkin sebab 2 lesung pipit dan tahi lalat di bibir bawahnya kot. Mungkin. "Ok ok. Continue. Beliau banyak membaca buku dari pelbagai bidang, contohnya tasawwuf dan sejarah Islam. Suka bergaul dengan para ulamak dan berbincang dengan mereka. Dan sangat tak suka kepada pemikiran dan budaya yang datang dari Barat. Imam Hassan al-Banna mendapat pendidikan awal di Madrasah al-Rasyad al-Diniyyah. But then, berpindah ke Madrasah al-I'dadiyyah. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, sebuah pusat latihan perguruan. Pelajaran peringkat Diploma pun disambung kat Darul Ulum jugak. After that, beliau berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma'iliyya. Ok, selesai bahagian aku. Din punya turn."

Izzuddin Sulaiman sinsing lengan kemejanya. Gaya nak buat kerja dapur yang banyak. " Oraito. Ada tiga sumbangan besar Imam Hassan Al-Banna dalam gerakan dan pemikiran Islam. Yang paling femes, ofkos laa Al-Mathurat en. Risalah yang memuatkan himpunan ayat Al-Quran dan doa-doa yang ma'thur yang menjadi amalan beliau dan anggota Ikhwanul Muslimin. Second, Majmu' al-Rasail. FYI, Majmu' al-Rasail ni ekceli adalah himpunan tulisan dan ucapan beliau yang ditujukan kepada ahli-ahli Ikhwanul Muslimin. Basically, perbincangan yang terdapat di dalamnya meliputi penerangan yang berkaitan dengan prinsip-prinsip asas perjuangan Ikhwanul Muslimin laa. Juga, tentang prinsip-prinsip Islam macam jihad, dakwah, kerajaan Islam, ekonomi dan akidah. Last but not least, Al-Jihad fi al-Islam. Ok, menurut Imam Hassan al-Banna, segala usaha yang dilakukan yang berbentuk menyeru kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar adalah tergolong dalam makna jihad. Dan dan, jihad yang paling tinggi adalah berperang di jalan Allah. Selesai tugas aku. Next, siapa pulak?" Pandang semua wajah usrahmates satu-satu.

Senyap 7 saat. Semua usrahmates pandang satu sama lain.

Tiba-tiba Syamil Aiman angkat tangan. "Aku. Aku. Aku punya turn" Sengih ditarik ke kanan. Tangan kanan letak atas kepala. Garu kepala yang tak gatal. Habit orang lelaki. " Aku salin notes tadi. Sorry sorry."

Gelak pecah. "Takpe takpe. Teruskan. Bukan buat jenayah tahap international assassin pun." Abang Imran bersuara dengan sisa sisa gelak.

Syamil tarik nafas. Lepas. "Baiklah. Hassan al-Banna meninggalkan pengaruh yang besar dalam gerakan Islam antarabangsa. Why I said so? Well, Gerakan Ikhwanul Muslimin telah berjaya berkembang di seluruh dunia. Example- Jordan, Kuwait, Sudan dan Syria. Di Syria sendiri, Ikhwanul Muslimin ada lebih dari 70 cawangan."

"Felamaks. Bapak banyak." Ternganga mulut Izzuddin.

"Yes yes. Bapak tok nenek banyak. Plus, pemikiran beliau menjadi rujukan gerakan Islam bukan sahaja di dunia Islam, malah merentasi negara Barat. Buku-buku dan karya beliau menjadi bahan penyelidikan gerakan Islam masa kini. Dan, antara penglibatan Hassan al-Banna dalam aktiviti masyarakat ialah beliau bersama-sama sahabatnya menubuhkan kilang-kilang, kelab sukan, hospital dan sekolah Islam. Tak terhenti kat situ je, beliau juga melahirkan dan mentarbiyah jutaan sukarelawan yang sedia berkhidmat untuk masyarakat. Instead of sentiasa berceramah di masjid dan kedai-kedai kopi, beliau juga menyumbangkan bakti untuk mengajar keluarga muridnya pada waktu malam."

"Sumpah legend." Haikal mematikan gerakan pen atas buku usrah.

"Memang legend. Tu tara tak sampai aku punya part lagi. Nak dengar?" Najdi Faiz bersuara. Menggebu-gebu suasana.

"Nak nak." Semua kepala angguk laju.

"Bersedia? Ok, Al-Imam Hassan al-Banna menubuhkan gerakan Ikhwanul Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Guess what? Waktu tu, umur beliau 23 tahun. Lagi bertambah ke'legend'nan beliau apabila Ikhwanul Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir selepas Perang Dunia Kedua apabila gerakan ini turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik. Pengaruh Ikhwanul Muslimin yang sangat kuat tu menyebabkan kebimbangan tahap Tera dirasai oleh kerajaan Mesir yang pada masa tu dipimpin oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di. Disebabkan kebimbangan yang melampau lampau, jadi al- Nukrasi Bassa bertindak mengharamkan Ikhwanul Muslimin pada 1948. Nak tau apa reason dorang?"

"Nak nak nak." Angguk lagi.

"Heh, Ikhwanul Muslimin dituduh merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Permainannya mereka sudah kita nampak, bukan? But wait, ada lagi.. Sungguhpun begitu, Imam Hassan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba sedaya-upaya untuk menyelamatkan Ikhwanul Muslimin. Malangnya, beliau ditembak ketika waktu Zohor. 12 Februari 1949 semasa keluar dari bangunan Ikhwanul Muslimin. Sekarang memang dah jelas permainan kotor mereka,kann." Najdi betulkan kolar bajunya.

"Yes yes. Tapi mereka lupa satu hal kot."

"Hal apa?" Semua pandang Imraan Hafiziy

"Mereka mungkin boleh haramkan Ikhwanul Muslimin. Mereka mungkin berjaya menghapuskan Imam Hassan al-Banna. Tapi tapi, mereka lupa. Ikhwanul Muslimin bukan bergerak dengan jasad, tapi dengan ruh." Imran menyapu pandangannya pada semua anak usrahnya.

"Well said, Abang."Najdi tepuk belakang Imran tiga kali.

"Legend, memang bergaya. Macam Imam Hassan al-Banna." Syamil pegang dagu, sambil angguk-anggukkan kepala perlahan-lahan.

"Can't agree more." Amir Hamzah buat thumbs up. Senyum lebar-lebar.

"Ok. disebabkan semua anak-anak usrah abang siapkan tugasan ni dengan penuh kool, jadi marilah sama-sama kita bergerak ke kedai cendol Pak Samad sementara masih bukak. Kalau dah tutup karang, esok lusa takde dah offer ni."

"Baiknya daddy usrah kita." Haikal Syafie menjeling Imran, sambil mengulum senyuman.

"Daddy usrah korang panggil aku? Abi usrah laa, soleh sikit bunyinya."

Gelak tak dapat dibendung lagi. Usai tasbih kaffarah dan Surah Al-Asr diaminkan, semua lari laju laju ke kedai Cendol Pak Samad. Best in Malaysia kot. Gila nak lepas.

Imran geleng kepala. 'Umur 18, tapi perangai tak kalah macam budak 8 tahun. Tapi, biar pemikiran mereka matang, macam Imam Hassan Al-Banna.' doa Imran Hafiziy dalam hati.

"Daddy usrah yang kami sayang, cepatlah." Semua usrahmates jerit kuat-kuat. Semua orang awam pandang.

Ah, pedulikan. Imran Hafiziy lari lalu laju. 6 cendol pulut special dipesan.


 






* * *

1007

28Sept2013

PulauPinang

Dua hari siapkan post ini. Mulamula rasa macam nak berhenti je masa first day. Tapi harini, sambung jugak. Yang nak ketuk hati manusia dengan hidayah tu, Allah. Yang nak izinkan ilmu ni jadi manfaat kat orang lain pun Allah. So, kalau dah terdetik nak menulis tu, tulis je. The rest kerja Alllah. Tak payah masuk campur.

Usai menyemak semula buku PQS Tingkatan Lima. Terasa perlunya mengenal tokoh-tokoh Islam. Dulu, time SPM takdenya nak bukak part ni. Sebab tahu, takkan jawab punya part Tamadun. Tapi, ilmu bukan untuk dibawa dewan peperiksaan. Tapi, untuk dibawa masuk dalam dada.

Aman.


-notakaki-
Err.
Ada sesape nak belanja saya makan cendol pulut special?

Nampak macam sedap.
Kbai.


Thursday 5 September 2013

Buraq Namanya..


 
"Buraq namanya. Maka ia serupa barq."


"Barq? What does it mean, ma?"


Mai senyum. "Barq is an arabic word. It means lightning. Resemble it's name, maka ia serupa kilat yang melesat dengan kepantasan cahaya. Sangat pantas."


"Ma, sepantas kereta api bawah tanah di Jepun?" Sofia angkat mukanya. Pandang Mai dengan kerut di dahi.


"Nope." Mai geleng kepala. "Lebih pantas dari itu. Bahkan berjuta-juta kali ganda pantasnya."


Sofia Khadijah mengangguk-angguk kepalanya tiga kali sambil pandang awan hitam yang sarat dengan air. 'Macam kilat.'


"Buraq namanya," Mai menyambung kata. "Ia menjadi kenderaan Nabi Muhammad SAW semasa Israk dan Mikraj."


Sofia garu kepala. "Ma, What is Mikraj?"


Sambil memadam lukisan Sofia yang comot, Mai tersenyum. "Mikraj ialah perjalanan Nabi dari Masjidil Aqsa naik ke Sidratul Muntaha, untuk bertemu Rabb yang Agung." Pemadam diletakkan semula atas meja belajar.


"But before that.." Mai pandang Sofia Khadijah.


"What happen before that?" Muka Sofia penuh tanda tanya.


Before that, Nabi di Isra' kan dari Makkah ke Masjidil Aqsa. Isra' ialah perjalanan pada waktu malam yang mulia dan bersejarah dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Al-Quds, Palestin."




"Isra' dan Mikraj hanya berlaku dalam masa satu malam sahaja."


"Only one night? Sofia terkejut. A journey from Makkah to Palestine, then to Sidratul Muntaha is indeed a very fast journey." Like barq.


"Indeed, sayang. Because the technology of Allah is much much more sophisticated and advanced comapared to the technology of human being." Mai senyum lagi, sambil capai pensel. Bunga tulip dilukis.


Seperti dalam Surah Al-Israk, verse 1.


Subhanallazi asra bi 'abdihi lailan


Maha Suci Tuhan yang menjalankan hamba-Nya pada suatu malam


Minal masjidil haram ilal masjidil Aqsa


dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram.





 


"Ma, bila Isra' dan Mikraj berlaku?"


"Ia berlaku pada 27 Rejab tahun ke 12 Kenabian Rasulullah SAW. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Kesedihan."


"Tahun Kesedihan? What happened. Ma?"


"Tahun itu dinamakan Tahun Kesedihan kerana pada tahun itu, Saidatina Khadijah, isteri setia lambang cinta penuh pengorbanan itu telah tiada. Demikian juga Abu Thalib, sang pelindung yang penuh kasih meski tetap enggan beriman. Dia sudah meninggal. Baginda berdukacita."


" Mama, I can't imagine how can I face all these if I were in the shoes of Rasulullah SAW."


"Plus, the Musyrikin Makkah had multiplied their great effort to bring Rasulullah down with the deen of Islam. Tentangan dari Musyrikin Makkah semakin hari semakin berat. Gelombang penentangan, penyiksaan dan pendustaan semakin hari semakin hebat. Baginda merasa sepi. Maka Allah hendak menguatkan baginda. Allah memperlihatkan kepada baginda sebahagian dari tanda-tanda kuasa-Nya."


"Mama, walau hebat macam mana tentangan Musyrikin Makkah sekalipun, Allah tetap akan memenangkan agamaNya. Walau orang Musyrikin tidak menyukainya. Kan, Ma?"


"Yes, sayang. Remember Surah As-Saff, verse 9?" Mai capai pensel warna kuning  dan mewarna bunga tulip tadi.


"Huwal lazi arsala Rasulahu bilhuda."


Dialah yang mengutus Rasulnya (Muhammad SAW) dengan petunjuk.





"Wa dinil haq"


Dan agama yang benar (agama Islam)





"Li yuzhirahu 'aladdini kullihi"


Supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain.





"Walau karihal musyrikun"


Walaupun orang-orang Musyrik tidak mernyukainya.





"Buraq namanya. Ia diikat di pintu Masjid Al-Aqsa ketika seluruh Nabi dan Rasul berhimpun disana. Rasulullah mengimami solat dua rakaat bersama Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul. Malam itu, Rasulullah naik ke langit dunia. Selapis demi selapis. Rasulullah diperlihatkan oleh Allah akan balasan yang diterima oleh ahli syurga dan ahli neraka."


"Nabi lihat itu semua seorang diri?" Sofia ambil pensel warna merah dan terus mewarna bunga-bunga yang dilukisnya tadi.




 
 "Nope." Mai geleng kepala. "Nabi diiringi oleh Malaikat Jibril. Ketika itulah Nabi melihat orang yang menghempap kepalanya dengan batu sampai kepalanya pecah berderai. Setelah kepalanya bercantum semula seperti sediakala, dia menghempap lagi kepalanya. Berulang-ulang kali. Kata Jibril, itulah balasan bagi orang yang berat kepala untuk sujud iaitu solat.Kemudian Nabi lihat orang yang memakan daging yang busuk,mentah sedangkan ada daging yang segar dan masak. Pabila ditanya pada Malaikat Jibril tentang apa yang dilihat oleh baginda, kata Jibril itulah balasan bagi orang yang berzina. Mereka diberi oleh Allah isteri dan suami yang halal bagi mereka, tetapi mereka tetap mencari orang yang haram bagi mereka." Mai ambil pensel warna hijau, terus mewarna daun pokok bunga tulip




"What an awful view, Ma."


"Yes, sayang. And the most vital thing is that, Nabi dapat bertemu dengan Allah Rabbul Jalil dan menerima perintah solat secara langsung. Kalau perintah puasa, haji, zakat dan lain lain disampaikan melalui wahyu Allah yang dibawa oleh Jibril."


"Mama, isn't solat is a rest to Muslimin?"


"Yes, Sofia. Resemble Isra' and Mikraj to Rasulullah. Allah memperjalankan Nabi yang sedang berdukacita untuk menghiburkan baginda dan untuk menerima perintah solat. Jika Nabi direhatkan sebentar dari perjalanan dakwah yang panjang itu dengan Isra' dan Mikraj, kita pula berehat sebentar dengan solat. Solat, sayang."


Sebab itu, Nabi berkata pada Bilal.


Istirehatkan kami dengan solat..


Sofia mula menguap. "Mama, I am getting sleepy now."


"Alright, tidy up your books. Tomorrow, Mama and Walid are going to take you and Thalhah to meet Mus'ab and Khaulah."


"Kita pergi ziarah rumah Pak Cik Umar dan Mak Cik Husna?"


"Yes, then kita picnic kat Taman Tasik Perdana. But, jangan lupa habiskan hafazan Surah Ad-Dhuha with Mama. Thalhah pulak kena hafal surah An-Nas dengan Walid tomorrow after Subuh."


"InshaAllah, Mama."


"Now, perform your ablution and recite dua before sleep, aite." Iman Sumayyah mula kemaskan pensel warna Sofia.


"Ai Ai, mama!" Sofia Khadijah buat gaya tabik spring.


Gelak pecah.


Lampu dipadamkan.









 


 


 


04September2013


20:20


Keretapi, dari KL Sentral to Bukit Mertajam.
Pasca Pre Departure Programme- United Kingdom, Ireland, China, Jordan.

Perjalanan penuh cinta.
Terima kasih, Allah.



 
 

Wednesday 21 August 2013

Ever After..

 
 
 
"And they live happily ever after.."
Mai menutup kisah.

"Ma,how can you say they live happily ever after. Isnt life is full with ups and down?"
Sofia punya muka berkerut.

"Sayang, of course man will face trials and tribulations in his life. But, they arent permanent."

"What does it mean,ma?" Sofea pandang Mai lagi. Minta penjelasan.
...
"It means, whatever Allah had fated for him, whether it is good or bad,Muslim will stay positive to Allah. Kalau dapat nikmat, syukur. Dan Allah akan tambah lg nikmat.Kalau diuji, sabar. Dan Allah, with His blessings akan gantikan dgn sesuatu yang jauh lebih baik. Ujian dari Allah tak kekal. Ada masanya, ujian itu akan berakhir.
Dunia, memang tempat manusia diuji. Tapi kat syurga boleh rehat puas-puas. Forever after."
Mai terang jelas jelas.

"Ma, is it like Prophet Sulaiman and Prophet Ayyub?"

"Yes, sayang. Nabi Sulaiman yang bersyukur. Nabi Ayyub yang bersabar." Mai usap kepala Sofia.

"Ma, it is like Sumayyah also? Sumayyah kan sabar, then Allah grant her paradise. She live happily ever after,right mama?"

"Of course. Like the story I've told just now, the story of Yassir's family."

They live happily ever after in Jannah..

"Ma, I want to be like you, can?"

"Why sayang?"

"Because you are my Sumayyah."

"Can, you can." Iman Sumayyah binti Nik Azli menarik senyuman.

The story of Yassir's family betul-betul dihadam oleh Sofia Khadijah.

Mai pandang wajah suaminya sudah terlena di sebelah. Letih agaknya.

'Abang, I pray to Allah, may all of us will live happily forever after in Jannah Firdaus..'

Like Yassir's family.

Tangan Abdurrahman Lee bin Abdullah dipaut.

"Sofia Khadijah, let's sleep. I'll lull u with Zikr by Hafiz Hamidon, okay?"

"Zikr Subhanallah,please.." Sofia buat suara comel.

"Can.."

Selimut ditarik.
 
 
 

Saturday 27 July 2013

Keharumanku.



kredit : Madmie Channel:)



kredit : Madmie Photograph :)




* * *
 
Jari dilarikan pada butir-butir tasbih biru. Kalimah Subhanallah Walhamdulillah Wa lailahaillah wallahu akbar menari di bibir.

Mata dipejam. Fikiran mencuba keras untuk menghayati kalimah agung. Kacau. Iman fokus Iman.. Tenang, tenang..

Native Deen menyanyikan lagu I Am Not Afraid to Stand Alone, menandakan ada mesej masuk ke peti masuk handphone Samsung Galaxy Ace Plus.

Huh? Mata dibuka perlahan. Tangan mencapai Humaira, handphone berbalut merah jambu pastel itu.


Malam berlalu tapi tak mampu kupejamkan mata dirundung rindu kepada mereka yang wajahnya mengingatkanku akan surga. Wahai fajar, terbitlah segera agar sempat ku katakan pada mereka "Aku mencintai kalian kerana Allah."- sender Syazwani Syuhada Abu Bakar
Senyum di tarik. She always come at the right time, right place.Jari menyentuh icon reply.


Bila free?- sent

Sabtu Ahad. Kenapa?- sender Syazwani Syuhada Abu Bakar

Nak qiam sekali.-sent

Jumpa? - sender Syazwani Syuhada Abu Bakar

Jumpa kat mana?-sent

Jumpa di Menara cahaya ^^ - sender Syazwani Syuhada Abu Bakar

Menara cahaya?-sent

Oh, duk buat apa je sekarang? Menara cahaya puncak cinta, SYURGA. Ikot awak laa, nak jumpa kat mana? Taman mau? - sender Syazwani Syuhada Abu Bakar

Boleh. Taman mana?-sent

Mengkuang Dam. - sender Syazwani Syuhada Abu Bakar

Boleh, InsyaAllah.- sent


* * *


kredit : Madmie Channel:)


Hampir 30 minit berjogging di Empangan Mengkuang, mataku lekat pada sebatang pokok rendang berhampiran tasik biru.

"Wani, duduk sana jom". Aku mengajak pendek dengan nada tinggi beberapa oktaf. Penat .

"Tunggu sekejap, nak ambil barang dalam kereta." Sempat Syazwani menyapu wajahku dengan senyuman sebelum berlalu ke kereta Viva ungu pekat miliknya

Seketika, dia muncul bersama beberapa bungkusan plastik putih di kedua dua tangannya. Syazwani melabuhkan punggungnya ke atas rumput hijau segar, mengambil tempat di sebelahku.

Selendang kami yang berwarna kuning dan merah berkibar kibar ditiup angin. Berbeza sekali dengan latar air tasik yang membiru. Bunyi gelombang tasik yang menghempas halus batu batuan ini biasanya menenangkan hatiku. Kali ini ketenangan ini malah menggelisahkanku. Tanganku tidak tentu arah mencabut rumput rumput di sekitarku.

"Kenapa ni?", tangan kanan yang dihiasi cincin belah rotan itu menyentuh kedua tanganku yang masih mencabut rumput, mematikan gerakan kedua tanganku. Mataku dipandang.
 
"Iman Sumayyah, kamu mahu tahu? Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.
Hadis riwayat Muslim. So, can I give a hand?"



Aku membuang pandangan jauh ke arah kawanan burung merpati putih yang berterbangan membelah angin petang yang damai menyejukkan batang tubuh manusia di sini yang dibasahi peluh yang meluncur laju menuruni badan. Nafas berat dihela. "Tak tenang. Entah, tak cukup kuota hubungan dengan Allah kot". Aku menjungkitkan kedua dua belah bahu.

"Solat awal waktu?"

Aku diam.

"Baca Al-Quran dan mentadabbur maknanya?"

Diam lagi.

"Solat malam ok?"

Sunyi.

"Bila last pergi usrah?"

Bunyi angin.

"Ada puasa?"

Tiada respons.

Mataku memandang jauh ke kumpulan awan yang menggantung rendah di pinggang bukit yang melingkari tasik."Agaknya, hati tak penuh kot, kan? Tahu apa ubatnya? " kata kulontarkan pada Syazwani yang membetulkan lipatan selendang merahnya yang di tiup angin.

"Pernah dengar lagu Opick, Obat Hati?" Syazwani membetulkan peti suaranya.


Ubat hati, ada 5 perkaranya, yang pertama baca Quran dan maknanya..

Yang kedua, solat malam dirikanlah..

Yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh

Yang keempat, perbanyaklah berpuasa

yang kelima, zikir malam, berpanjanglah

Salah satunya, siapa bisa menjalani moga moga Allah Taala mencukupi..


Langit bersih dan terang. Bukit Besar menghijau segar, air tasik yang biru pekat dan angin tasik yang lembut mengelus ubun ubun kami berdua. 



kredit : Madmie Channel :)


 
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: "Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh."

"Ah, macam tu. Err...Mungkin di situ letaknya masalah.Tak..tak tahu kenapa, hati rasa kosong. Cuti kali ni pun, banyak duduk rumah je, tak buat apa." Aku berkata tersekat sekat, sambil mengius-nguis rumput dengan hujung jari.

"Hati kita ni, raja. Kalau baik hati kita, baik keseluruhan jasad. Kalau tak baik, tak baik lah keseluruhan jasad. Sekarang dah tahu apa nak buat? Syazwani membalas bersahaja kataku.

"Malam ni, ada Pesta GEMAR. Gerakan Menutup Aurat. Ada badan NGO anjurkan dekat Masjid Muqarrabin. Feel free to join? Khas untuk muslimah. Diana Amir ada datang jugak tau." Syazwani membuka beg tangan hitamnya, ipad dicapai. Laju jarinya dilarikan di atas skrin ipad. Log in facebook. Syazwani menunjukkan poster acara yang bakal dilangsungkan malam ini.

"InsyaAllah, free je. Tak ada apa-apa. Malam ni, lepas Maghrib kita gerak. Eh, tu apa ada dalam plastik putih tu?"Tanganku pantas mencapai plastik putih, terus kubuka simpulan yang mengikat plastik putih. Bau harum hinggap di hujung hidungku.Rupa-rupanya, itu bau durian Baling yang terkenal lemak dan lembut. Isi durian ini terasa lebih sedap lagi apabila dihidangkan lengkap dengan pulut, kelapa parut, serta sedikit garam dan gula.


"Suka? Ni susah nak dapat isi sedap macam ni, tahu? Khas untuk Iman Sumayyah binti Nik Azli sahaja." Syazwani menggebu-gebu memuji, lalu sebuah senyuman lebar terbit dari mukanya yang tirus.

Gelak pecah. "Mestilah suka."

Lepas membaca Basmallah, durian Baling yang enak itu, kami makan bersma-sama dengan jus epal segar.

'Terima kasih Allah' detikku dalam hati.

* * *

" 'Syazwani' . Apa maksud 'Syazwani'? " Aku memandang menara Masjid Muqarrabin yang bersinar dengan cahaya merah, biru dan kuning dengan wajah penuh hairan. Berfikir. Dah 4 tahun mengenali Syazwani Syuhada binti Abu Bakar, Baru hari ini terdetik hendak bertanyakan soalan itu. Iman Sumayyah dan Syazwani Syuhada dahulu bersekolah di sebuah SMKA di utara tanah air. Mula rapat sejak setahun yang lalu.

"Syazwani, maksudnya keharumanku. Mama ada suarakan suatu hari, mama nak saya sebarkan keharuman ini pada semua. Keharuman, dalam erti kata lain, beri manfaat pada orang lain." tersenyum senyum dia menerangkan.

"Ohh, no wonder."

"No wonder apa?"

"Tarappapapa."

Gelak pecah.

"Jom, pergi gerai sana. You're heading to Kuala Lumpur tomorrow, ey? Nak beli apa-apa?" Tanganku diraih. Kami berjalan ke gerai yang menjual beraneka minyak wangi. Ternyata terdapat pelbagai jenis minyak wangi disitu. You just name it, and you get it. Kasturi putih, kasturi kijang, kasturi susu, lavender dan pelbagai lagi.

"Akak, beli ini satu." Pantas sebotol minyak wangi kasturi putih dibungkus ke dalam plastik kecil bercorak bunga-bunga kecil. Selepas mengucapkan terima kasih, kami berlalu. Tidak lama kemudian, ada pengumuman di corong loudspeaker mengumumkan perkongsian kisah oleh Diana Amir di pentas utama akan diadakan dalam masa lima minit lagi. Kami mengambil tempat di bawah kanopi biru pekat yang disediakan. Hujan renyai-renyai mula turun, sedikit sebanyak membasahi baju kurung hijau berbunga kecilku dengan titis-titis air dingin.
 
"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.Saya bersyukur, diberi sahabat sahabat yang menunjukkan jalan kebaikan. Selalu jugak, dapat hadiah tudung dan selendang dari sahabat sahabat yang banyak membantu dan memberi sokongan pada saya di atas jalan hijrah ini." Diana Amir memulakan kisah hijrahnya. Dan kami, terus larut dalam kisahnya, menghayati jalan yang dipilih oleh Diana untuk mencari redha Allah.

Demikianlah.


* * *

Aku menutup pintu kereta. Alhamdulillah, telah selesai mengangkat beg pakaian ke dalam perut kereta Mazda Hitam itu - bersedia untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Syazwani Syuhada singgah sebentar ke rumahku, katanya mahu beri sesuatu. Selepas bersalaman dengan ummi dan abi, aku bergerak ke keretaku.

"Nah, hadiah. Jangan tension tension sangat. Yang penting, banyak ingat Allah." Bungkusan biru bertukar tangan.

"Insha Allah. Terima kasih. Big time.". Tanganku diraih. Kami bersalaman. Pipi dilagakan dua kali. Kanan, kiri. Perlahan-lahan, kereta hitamku bergerak meninggalkan perkarangan rumahku, susuk tubuh Abi, Ummi, dan Syazwani yang melambai-lambai tangan semakin mengecil sebelum hilang dari pandangan.


* * *
Bungkusan biru dibuka. Sebotol minyak wangi kasturi putih dan sebuah buku Cinta di Rumah Hassan al-Banna kuraih.' Bertambah meriah Pustaka Baitul Hikmah, nanti.' detikku dalam hati.

Allah ya Allah, terima kasih untuk anugerah ini. Aku memohon, ya Tuhan agar Engkau mengizinkan kami untuk berada di bawah naungan kasih-Mu ketika manusia pada hari itu berlari-lari mancari perlindungan, di Padang Mahsyar.

Sepotong hadith terlintas di fikiranku.
 
Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkn oleh Al-Bukhari & Muslim: Maksudnya perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium daripadanya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium dairpadanya bau-bauan yang busuk.


Syazwani Syuhada, benarlah. Keharumanmu tersebar sampai ke sini. Jumpa lagi, di MENARA CAHAYA.

Aku mencalit haruman kasturi itu di kedua pergelangan tanganku.



kredit: Madmie Channel :)
 


kredit : Madmie Channel:)

 
 

Monday 17 June 2013

12 Santai Syaaban.

 


Dengan nama Tuhan yang Menciptakan.
 
 
 
 
 
Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah berkatilah kami dalam bulan Syaaban.




Hari ini, 17 Jun 2013

Bersamaan 8 Syaaban 1434 Hijrah.

Sudah lapan hari Syaaban berlalu setelah Rejab.

Dan saya merasa rugi.

Melewati hari hari Rejab dan hari hari Syaaban tanpa terkesan apa apa di lubuk hati yang paling dalam.

* * *

Demi masa.

Sungguh, manusia berada dalam kerugian.

Kecuali orang orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

* * *

Demikianlah, Acuan Rabbani mengatakan keberadaan orangorang yang rugi.

 
Dan saya,

mahu berusaha sekeras mungkin untuk keluar dari kelompok itu.

Maka sekeras itu,

saya mahu meraikan kehadiran Syaaban.

Setelah Rejab yang telah saya biarkan berlalu hanya begitu.



Ini dia,

Planner terbaru sempena meraikan kehadiran Syaaban 1434 Hijrah.

Saya namakan dia 12 SANTAI SYAABAN.

Dinamakan Santai Syaaban kerana saya mahu,
 terasa seronok berada dalam bulan ini.

Bersantai dalam bulan Syaaban
dengan aktiviti yang mengundang berkat dari Tuhan.

Bukankah kita yang berdoa;

"Ya Allah, berkati kami dalam bulan Syaaban."?

Planner ini lahir,

setelah terbaca post Kak Hidayah binti Khauf yang memang buat saya terjatuh kerusi.

 

 
 
Rancanglah pengisian Syaabanmu.. make a list... senaraikan 10 target yg ingin dicapai untuk ibadah, akhlak & akademik... ~muslim itu teratur urusannya..
 
 
 
 
 

Maka dengan itu,

saya mula bekerja dengan sehelai A4 dan pen.

dan saya meletakkan target
yang mahu saya capai dalam bulan ini.

Planner sebegini perlu, kita letak pada tempat yang sering kita lihat.

di meja studi,

di peti sejuk,

di pintu bilik.

atau di mana mana yang sesuai pada anda.

With this,

we easily can focus and stay on track.

^^

Oh ya,

Penting saya kira, untuk bekerja dengan sahabat.

Bukan apa, sekurang kurangnya ada yang mengingatkan kita.

"Eh kamu, hari ini jangan lupa imarahkan Pustaka Baitu Hikmah"

"Kamu, esok puasa mahu?"

"Tanyalah Ustaz di tv 9 sekarang"



Bukankah itu indah?

Sungguh, saya telah rasa keindahan itu.

Berbagi kasih bersama dia yang saya cinta.



Juga, letaklah kata kata yang dapat membuat anda bersemangat.







Maka ini,

saya kongsikan 12 SANTAI SYAABAN saya.

Moga sahaja, mampu berbagi manfaat dengan anda yang saya cinta.







1) Puasa

-3 hari-5hari


2) Mathurat

-Pagi

-Petang


3)Tilawah Al-Quran

-tamatkan sebelum 10 Julai 2013 ( 1 Ramadhan 1434 Hijrah )

*juga Pesta Murajaah Al-Quranul Kareem- Al-Baqarah & Hifz Project


4) Infaq

-Ilmu

-Wang

-Senyuman

-Khidmat


5) Solat Sunat

-Dhuha

-Hajat

-Tahajjud

-Witir

-Istikharah


6) Rawatib

- Subuh

-Zuhur

-Maghrib

-Isyak


7) Istighfar

*juga dengar zikir Hafiz Hamidon


8) Selawat

-Syifa

-Ibrahimiah

-Dilapangkan fikiran

-Pelindung diri

-Penenang Jiwa

-Murah Rezeki

-Maulidurrasul

*juga dengar selawat di hp


9) Zikir

-La Haula wa La Quwwata Illa Billah

-Subhanallah

-Alhamdulillah

-La ilaha illallah

-Allahu Akbar

*juga dengar Zikir Terapi Hafiz Hamidon


10) Wudhuk sebelum tidur

-Al-Mulk : My Saviour Project


11) Buku Ilmiah

-Imarahkan Pustaka Baitul Hikmah

-The Book Project


12) Majlis Ilmu

-Televisyen : Tanyalah Ustaz, Celik Hati, Pesan Atok etc.

-Youtube : Halaqah etc.

* * *






Inilah dia,

yang dapat saya berbagi kongsi.

Planner anda,

boleh jadi lebih baik dari ini.

dan saya menjemput anda,

untuk berkongsi bersama saya.

dengan hangatnya semangat.

Selamat meraikan bulan Syaaban. Moga saja, Allah sampaikan kita pada Ramadhan.


^^

Ayuhlah, keluar dari Kelompok Rugi.


 
 
 
 
Ukuran ketulusan dan kesejatian cintamu

adalah apa yang kamu berikan padanya

untuk membuat kehidupannya menjadi lebih baik.

Maka kamu adalah air, maka kamu adalah matahari.

Ia tumbuh dan berkembang dari siraman airmu

Ia besar dan berbuah dari sinar cahayamu.

-M Anis Matta-

Jalan Cinta Para Pejuang
 
 
 
 
 
 
 
 
Selamat Memaknakan Cinta Tuhan.