Yang indah.

Tuesday, 8 October 2013

Sebelum ke Beiwai.

Bismillahirrahmanirrahim.



"Kalau tak yakin Allah ada nak ajar something, 
Aku tak rasa aku mampu nak face benda (ujian) ni"
[If i dont have faith that Allah has bigger plans for me, I dont think I can even face this. (test)]







* * *


Sahabat,
setiap kita ada jalan yang berbeza.

Allah mengajarkan kita hikmah yang terlalu seni untuk kita sendiri meneliti .
Mungkin sekarang , mungkin nanti. Tapi, tetaplah percaya yang terbaik telah Allah aturkan untuk setiap hamba.

Tinggal lagi, kita.
Sama ada sedia menerima atau mentah-mentah menolak takdir yang telah Allah aturkan cantik.

Landasan perjuangan kita kan masih sama?
Teruslah bergerak, berhentilah mengeluh atas setiap perancangan kita yang Allah tangguhkan.

"Jika kau mengerti untuk apa dan kemana kau hidup, Kau hanya perlu untuk tersenyum lalu kembali menengadahkan kepalamu ke depan. Tekan kedua tanganmu diatas bumi, lalu bertolaklah untuk berdiri."

-Thufail al-Ghifari-


-Husna Najihah, Soalan-soalan panas-

* * *

Tinggal 2 hari lagi sebelum berangkat ke Beijing.


Pesan saya, untuk saya.

Luruskan niat. Datang ke Beijing bukan untuk suka-suka. Bukan untuk bermain-main.

Kita ada tanggungjawab.
Tanggungjawab untuk agama, negara, keluarga, diri sendiri.

Kita pembawa amanah.
Amanah dari semua.
Ketahuilah, diriku sayang..satu hari suka atau tidak, kau akan disoal oleh Allah atas setiap nikmat, setiap amanah.

Tuntutlah ilmu.
Sekecil apa pun, selagimana ia ilmu itu bermanfaat, akan ia bawa kebaikan kepada orang yang mengamalkannya.

Biarlah, ini bukan ilmu perubatan yang disanjung orang.
Asal kau tahu, selagi mana ilmu ini kau tuntut demi Tuhan, jangan kau menyesal.
Yang kau kejar bukan redha manusia, tapi redha Allah.

Bersungguh-sungguhlah.
Kerana keberadaan kau di sana nanti juga atas bantuan orang dan kasih sayang Allah.
Sanggup kau sia-sia kannya?
Sanggup kau bermalas-malasan disana?


Bangunlah. Jangan terleka dengan dunia. Ambil apa yang perlu di dunia. Jadikan bekalan menuju akhirat.
Bangunlah. Buka mata. Buka hati. Teruskan melangkah dengan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pedoman.
Tinggalkan jahiliyyah. Seandainya kau masih berat meninggalkan jahiliyyah kita di belakang, nescaya pasti lebih susah untuk meraih redhaNya.

Carilah kebaikan di sana. Berubahlah ke arah yang lebih baik.

Jadilah orang yang hidupnya bermatlamat.
Dan jadilah kamu orang yang matlamatnya hanya redha Allah semata.

Berbahagialah kamu dengan setiap ujian dan nikmat.
Boleh jadi, ujian itu penghapus dosamu yang menggunung.
Boleh jadi, Allah bermaksud mengangkat kamu ke kedudukan yang lebih tinggi, andai kau bersabar.

Nikmat yang kau peroleh, syukurilah, kerana akan Allah tambahkan andai kau bersyukur.
Andai kau kufur, ingatlah bahawa azab Tuhan itu sangat Syadid.

Tidaklah sia-sia kau tercampak di bumi Beijing melainkan ada aturan Allah yang cukup indah buat kau.
Tidaklah kebetulan kau tercampak di bumi Beijing melainkan Allah ingin mengajarkan kau sesuatu.
Susah, senang, hadapilah dengan hati yang lapang.
Kerana Allah tak pernah salah dalam menempatkan hamba-hambaNya.

Sungguh Allah tahu,
Kita memerlukan yang mana, dan diperlukan dimana.

Berhentilah menangisi hidup.
Bangkit dan berjuanglah.
Kerana hidup di dunia tak lama.
Sedangkan akhiratlah selamanya.

Ketahuilah,
setiap amalmu akan dihisab.
Hisablah dirimu selalu, sebelum kau dihisab oleh Allah.

Ikutilah kejahatan dengan kebaikan. Kerana kejahatan hanya akan terhapus dengan kebaikan.

Selalu tanyakan pada diri,
apa yang menjadi keutamaan dalam hidup kau?
Kalau sekadar ingin berseronok dan bermain-main, berhentilah.
Andai yang kau kejar hanya redha Tuhan, berbahagialah.

Jagalah solatmu.
Tunaikan di awal waktu.
Kerana amalan pertama yang akan dihisab itu, adalah solat kamu.
Hidupkan ruh solat kamu.
Jadikan ia, solat yang mampu mencegah kamu dari perbuatan keji dan mungkar.

Mulakan dan akhirkan harimu dengan tilawah Al-Quran.

Andai kau ditimpa ujian, mohonlah pertolongan Tuhan dengan sabar dan solat.
Ketahuilah, Allah bersama denganmu, andai kau bersabar.





Doakan kedua orang tuamu.
Ya Tuhan, kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihiku ketika aku kecil.

Jangan dilupakan ahli keluargamu.
Ya Allah, berilah hidayahMu pada mereka. Sungguh, Engkau sebaik-baik Pemberi Hidayah.

Guru-guru kamu.
Ya Allah, berilah mereka rezeki yang luas, ibadah yang kau terima dan kesihatan yang baik.

Jiran-jiran kamu.
Ya Allah, berkatilah mereka. Jadikanlah mereka orang-orang yang soleh dan musleh.

Sahabat-sahabat kamu.
Ya Allah, permudahkanlah setiap urusan mereka. Lepaskan setiap kesulitan dari mereka.

Saudara-saudara yang seTuhan dengan kamu di seluruh dunia.
Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami. Kuatkanlah hati mereka. Bantulah umat Islam menentang orang Kafir.

Sudah-sudahlah terperangkap dengan masa lampau.
History is history.
Cipta masa depan yang lebih baik.
Bina kehidupan yang Allah suka.

Ketahuilah,
Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya.
Seperti Hajar yang ditinggalkan di padang pasir bersama Ismail.
Seperti Maryam yang mengandungkan Nabi Isa as.
Seperti Seperti Nuh yang ditertawa ketika membina bahtera
Seperti Ibrahim ketika diarah menyembelih anaknya

Dalam tiap ujian, Allah mahu kau belajar sesuatu.
Ketahuilah.

Hati,
Tenanglah kamu.

Allah, jagalah dan lindungilah kami di daerah baru. Berikan kami kebaikan daerah baru dan kebaikan orang-orangnya.



Jadikanlah kami ini, ya Tuhan hamba-hambaMu yang diredhai.







081013
Kuala Lumpur