Yang indah.

Tuesday 23 April 2013

Pewaris Kesatria Islam.


 
 
 
 
"Wahai ibuku, demi Allah, jika ibu mempunyai seratus nyawa dan nyawa itu hilang satu demi satu, aku tidak akan meninggalkan agamaku ini"
 
 
Pada awal pengislaman Saad Abu Waqas, beliau ditentang oleh ibunya sendiri.
 
ya, ibunya.
 
 
Ibunya yang bernama Hamnah itu memujuk dengan pelbagai katakata rayu, harta, mahupun perempuan untuk dijadikan isteri.
 
 
Namun, sahihnya akidah Saad membuatkan dia tegar mengucapkan katakata diatas.
 
 
***
 
 
Setelah menempuh panas perjalanan yang sukar, gersangnya padang pasir,
Saad akhirnya selamat sampai ke Madinah dalam misi hijrah bersama umat Islam yang lain.
Setelah itu, semakin ramai sahabat yang berhijrah seperti Umar AlKhattab yang berhijrah ke Madinah secara terangterangan dan tiada siapa yang berani menghalangnya.
 
***
 
Saad adalah antara sahabat yang didoakan oleh Rasulullah SAW supaya makbul segala doanya serta tepat sasaran panahnya.
 
lama lama.
 
setelah Rasulullah wafat,
Saad banyak menghabiskan umurnya di medan perang.






sampai kepada Perang Al-Qaddisiyyah,
Saad berhadapan dengan Panglima Rostam dan Maharaja Parsi.
 
Ketika 4 utusan daripada pihak Islam dihantar oleh Saad menghadap panglima tentera Parsi,
mereka dihina dengan dibekalkan sekarung tanah setiap seorang dan karung itu digantung pada leher mereka.
 
kata Panglima tentera Parsi, "Katakan kepada ketua kamu, pagi esok kami akan datang menyerang dan menghancurkan kamu sehingga menjadi debu."

Namun, apabila melihat karungan tanah di leher setiap utusan itu,
Mughirah menjawab,
"Allah menjadikan tanah negeri ini milik kita."

***

Setelah berpuluh puluh misi menyebarkan Islam di medan perang,
akhirnya
Saad Abu Waqas dilantik menjadi Gabenor di Kufah.

Maka bermulalah
era kemajuan di Kufah.

Bandar Kufah disusun dan dirancang sebagai pusat pentadbiran ulung.
Temboktembok dibina sebagai persediaan menghadapi serangan musuh.
Dana dikumpulkan dan masjid dibina untuk dijadikan ibu pejabat.
Jalanjalan dibina bagi menghubungkan masjid dengan bangunan pentadbiran dan kawasan perumahan.
Pasar dibangunkan untuk memudahkan peniagapeniaga.






***

Namun, siapa sangka.
Setelah  pelbagai kemajuan dan pembangunan, tersebar fitnah.

Katanya,

Saad Abu Waqas hidup senanglenang dengan hasil cukai Kufah.

Lantas, Khalifah Umar menghantar wakilnya untuk menyiasat perkara tersebut.

Nyata.
laporan Usamah bin Qatadah itu tidak benar sama sekali.


Tidak cukup lagi.

Timbul desasdesus mengatakan Saad tidak khusyuk dalam solat.
Sering saja membaca surah yang panjang.
Makmum berasa resah dan payah.

Lalu,

Saad dipanggil menghadap Khalifah Umar di Madinah.

Saad diminta menjelaskan perkara yang sebenar.





"Saya menjadi imam solat dengan mencontohi solat Rasulullah SAW.
Rasulullah membaca surah yang panjang pada rakaat pertama,
surah yang pendek pada rakaat yang kedua.

Imam tidak boleh memanjangkan bacaan melebihi apa yang disebutkan dalam sunnah kerana ia dapat membebankan makmum yang tidak mampu,


seperti orang tua, orang sakit, wanita yang mempunyai anak kecil dan orang yang mempunyai keperluan."

Saad menerangkan dengan penuh yakin dan lancar.


Khalifah Umar sedar, sejak Saad menjadi Gabenor Kufah, banyak fitnah yang dilemparkan kepada Saad.

Maka, Khalifah menamatkan perkhidmatan Saad sebagai Gabenor Kufah dan melantik Saad bagi menjadi anggota Majlis Syura bersama


Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Zubair bin Awwam, Abdurrahman bin Auf dan Talhah bin Ubaidillah.

Jawatan Gabenor Kufah diberikan kepada Abdullah bin Utbah,

seperti yang dicadangkan oleh Saad.

***


Suatu hari, Saad dipanggil oleh Khalifah Uthman,

Khalifah Uthman mahu menghantar Saad dan Tsabit bin Qays ke negara China sebagai utusan daripada kerajaan Madinah.

Di sana, bermulalah penyebaran Islam oleh Saad bin Abu Waqas.


Saad sering memberi ucapan kepada orang ramai tentang Islam.
Saad membacakan ayatayat suci AlQuran kepada mereka yang baru memeluk Islam.
Saad menerangkan hukumhakam kepada penduduk China.







***

Sampai suatu ketika, Saad pulang semula ke Madinah.
Kepulangannya disambut gembira oleh Khalifah Ali.

Saad sering teringat sahabatsahabat yang dahulu pernah bersamasamanya memperjuangkan Islam pada awal penyebaran Islam.

Kini,
ramai yang sudah dijemput menemui Ilahi.

Antaranya,

Abdurrahman bin Auf, Zubair bin Awwam, Abdullah bin Jahsy, Ammar bin Yassir dan Uthman Bin Affan.

***

Kesihatan Saad kian merosot.

Namun, beliau sering ke Masjid Nabi untuk solat berjemaah dan mengajar ilmu agama.

Ketka Saad merasakan ajalnya kian hampir, Saad memanggil anaknya.

Ayah ada menyimpan sesuatu yang paling ayah sayang dalam peti itu.Kafankan ayah dengan jubah ini. Jubah ini pernah ayah pakai ketika bersama Rasulullah dalam Perang Badar. Ayah mahu menemui Allah dengan jubah ini.

Tidak lama kemudian, SakaratulMaut tiba bagi menjemput insan yang dikasihi Allah itu.


Saad meninggal dunia ketika berusia 80 tahun (tahun 55 Hijrah).
Saad dikebumikan di perkuburan Baqi' bersebelahan dengan Masjid Nabi.

***



Maka,

hari ini,

Siapakah pewaris Kesatria Islam?
 

masauntukbangkitdanbergerak.
sungguh,masabukanmainan.
 
 

NorshahiraIsmail
24042013