Yang indah.

Saturday 27 July 2013

Keharumanku.



kredit : Madmie Channel:)



kredit : Madmie Photograph :)




* * *
 
Jari dilarikan pada butir-butir tasbih biru. Kalimah Subhanallah Walhamdulillah Wa lailahaillah wallahu akbar menari di bibir.

Mata dipejam. Fikiran mencuba keras untuk menghayati kalimah agung. Kacau. Iman fokus Iman.. Tenang, tenang..

Native Deen menyanyikan lagu I Am Not Afraid to Stand Alone, menandakan ada mesej masuk ke peti masuk handphone Samsung Galaxy Ace Plus.

Huh? Mata dibuka perlahan. Tangan mencapai Humaira, handphone berbalut merah jambu pastel itu.


Malam berlalu tapi tak mampu kupejamkan mata dirundung rindu kepada mereka yang wajahnya mengingatkanku akan surga. Wahai fajar, terbitlah segera agar sempat ku katakan pada mereka "Aku mencintai kalian kerana Allah."- sender Syazwani Syuhada Abu Bakar
Senyum di tarik. She always come at the right time, right place.Jari menyentuh icon reply.


Bila free?- sent

Sabtu Ahad. Kenapa?- sender Syazwani Syuhada Abu Bakar

Nak qiam sekali.-sent

Jumpa? - sender Syazwani Syuhada Abu Bakar

Jumpa kat mana?-sent

Jumpa di Menara cahaya ^^ - sender Syazwani Syuhada Abu Bakar

Menara cahaya?-sent

Oh, duk buat apa je sekarang? Menara cahaya puncak cinta, SYURGA. Ikot awak laa, nak jumpa kat mana? Taman mau? - sender Syazwani Syuhada Abu Bakar

Boleh. Taman mana?-sent

Mengkuang Dam. - sender Syazwani Syuhada Abu Bakar

Boleh, InsyaAllah.- sent


* * *


kredit : Madmie Channel:)


Hampir 30 minit berjogging di Empangan Mengkuang, mataku lekat pada sebatang pokok rendang berhampiran tasik biru.

"Wani, duduk sana jom". Aku mengajak pendek dengan nada tinggi beberapa oktaf. Penat .

"Tunggu sekejap, nak ambil barang dalam kereta." Sempat Syazwani menyapu wajahku dengan senyuman sebelum berlalu ke kereta Viva ungu pekat miliknya

Seketika, dia muncul bersama beberapa bungkusan plastik putih di kedua dua tangannya. Syazwani melabuhkan punggungnya ke atas rumput hijau segar, mengambil tempat di sebelahku.

Selendang kami yang berwarna kuning dan merah berkibar kibar ditiup angin. Berbeza sekali dengan latar air tasik yang membiru. Bunyi gelombang tasik yang menghempas halus batu batuan ini biasanya menenangkan hatiku. Kali ini ketenangan ini malah menggelisahkanku. Tanganku tidak tentu arah mencabut rumput rumput di sekitarku.

"Kenapa ni?", tangan kanan yang dihiasi cincin belah rotan itu menyentuh kedua tanganku yang masih mencabut rumput, mematikan gerakan kedua tanganku. Mataku dipandang.
 
"Iman Sumayyah, kamu mahu tahu? Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.
Hadis riwayat Muslim. So, can I give a hand?"



Aku membuang pandangan jauh ke arah kawanan burung merpati putih yang berterbangan membelah angin petang yang damai menyejukkan batang tubuh manusia di sini yang dibasahi peluh yang meluncur laju menuruni badan. Nafas berat dihela. "Tak tenang. Entah, tak cukup kuota hubungan dengan Allah kot". Aku menjungkitkan kedua dua belah bahu.

"Solat awal waktu?"

Aku diam.

"Baca Al-Quran dan mentadabbur maknanya?"

Diam lagi.

"Solat malam ok?"

Sunyi.

"Bila last pergi usrah?"

Bunyi angin.

"Ada puasa?"

Tiada respons.

Mataku memandang jauh ke kumpulan awan yang menggantung rendah di pinggang bukit yang melingkari tasik."Agaknya, hati tak penuh kot, kan? Tahu apa ubatnya? " kata kulontarkan pada Syazwani yang membetulkan lipatan selendang merahnya yang di tiup angin.

"Pernah dengar lagu Opick, Obat Hati?" Syazwani membetulkan peti suaranya.


Ubat hati, ada 5 perkaranya, yang pertama baca Quran dan maknanya..

Yang kedua, solat malam dirikanlah..

Yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh

Yang keempat, perbanyaklah berpuasa

yang kelima, zikir malam, berpanjanglah

Salah satunya, siapa bisa menjalani moga moga Allah Taala mencukupi..


Langit bersih dan terang. Bukit Besar menghijau segar, air tasik yang biru pekat dan angin tasik yang lembut mengelus ubun ubun kami berdua. 



kredit : Madmie Channel :)


 
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: "Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh."

"Ah, macam tu. Err...Mungkin di situ letaknya masalah.Tak..tak tahu kenapa, hati rasa kosong. Cuti kali ni pun, banyak duduk rumah je, tak buat apa." Aku berkata tersekat sekat, sambil mengius-nguis rumput dengan hujung jari.

"Hati kita ni, raja. Kalau baik hati kita, baik keseluruhan jasad. Kalau tak baik, tak baik lah keseluruhan jasad. Sekarang dah tahu apa nak buat? Syazwani membalas bersahaja kataku.

"Malam ni, ada Pesta GEMAR. Gerakan Menutup Aurat. Ada badan NGO anjurkan dekat Masjid Muqarrabin. Feel free to join? Khas untuk muslimah. Diana Amir ada datang jugak tau." Syazwani membuka beg tangan hitamnya, ipad dicapai. Laju jarinya dilarikan di atas skrin ipad. Log in facebook. Syazwani menunjukkan poster acara yang bakal dilangsungkan malam ini.

"InsyaAllah, free je. Tak ada apa-apa. Malam ni, lepas Maghrib kita gerak. Eh, tu apa ada dalam plastik putih tu?"Tanganku pantas mencapai plastik putih, terus kubuka simpulan yang mengikat plastik putih. Bau harum hinggap di hujung hidungku.Rupa-rupanya, itu bau durian Baling yang terkenal lemak dan lembut. Isi durian ini terasa lebih sedap lagi apabila dihidangkan lengkap dengan pulut, kelapa parut, serta sedikit garam dan gula.


"Suka? Ni susah nak dapat isi sedap macam ni, tahu? Khas untuk Iman Sumayyah binti Nik Azli sahaja." Syazwani menggebu-gebu memuji, lalu sebuah senyuman lebar terbit dari mukanya yang tirus.

Gelak pecah. "Mestilah suka."

Lepas membaca Basmallah, durian Baling yang enak itu, kami makan bersma-sama dengan jus epal segar.

'Terima kasih Allah' detikku dalam hati.

* * *

" 'Syazwani' . Apa maksud 'Syazwani'? " Aku memandang menara Masjid Muqarrabin yang bersinar dengan cahaya merah, biru dan kuning dengan wajah penuh hairan. Berfikir. Dah 4 tahun mengenali Syazwani Syuhada binti Abu Bakar, Baru hari ini terdetik hendak bertanyakan soalan itu. Iman Sumayyah dan Syazwani Syuhada dahulu bersekolah di sebuah SMKA di utara tanah air. Mula rapat sejak setahun yang lalu.

"Syazwani, maksudnya keharumanku. Mama ada suarakan suatu hari, mama nak saya sebarkan keharuman ini pada semua. Keharuman, dalam erti kata lain, beri manfaat pada orang lain." tersenyum senyum dia menerangkan.

"Ohh, no wonder."

"No wonder apa?"

"Tarappapapa."

Gelak pecah.

"Jom, pergi gerai sana. You're heading to Kuala Lumpur tomorrow, ey? Nak beli apa-apa?" Tanganku diraih. Kami berjalan ke gerai yang menjual beraneka minyak wangi. Ternyata terdapat pelbagai jenis minyak wangi disitu. You just name it, and you get it. Kasturi putih, kasturi kijang, kasturi susu, lavender dan pelbagai lagi.

"Akak, beli ini satu." Pantas sebotol minyak wangi kasturi putih dibungkus ke dalam plastik kecil bercorak bunga-bunga kecil. Selepas mengucapkan terima kasih, kami berlalu. Tidak lama kemudian, ada pengumuman di corong loudspeaker mengumumkan perkongsian kisah oleh Diana Amir di pentas utama akan diadakan dalam masa lima minit lagi. Kami mengambil tempat di bawah kanopi biru pekat yang disediakan. Hujan renyai-renyai mula turun, sedikit sebanyak membasahi baju kurung hijau berbunga kecilku dengan titis-titis air dingin.
 
"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.Saya bersyukur, diberi sahabat sahabat yang menunjukkan jalan kebaikan. Selalu jugak, dapat hadiah tudung dan selendang dari sahabat sahabat yang banyak membantu dan memberi sokongan pada saya di atas jalan hijrah ini." Diana Amir memulakan kisah hijrahnya. Dan kami, terus larut dalam kisahnya, menghayati jalan yang dipilih oleh Diana untuk mencari redha Allah.

Demikianlah.


* * *

Aku menutup pintu kereta. Alhamdulillah, telah selesai mengangkat beg pakaian ke dalam perut kereta Mazda Hitam itu - bersedia untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Syazwani Syuhada singgah sebentar ke rumahku, katanya mahu beri sesuatu. Selepas bersalaman dengan ummi dan abi, aku bergerak ke keretaku.

"Nah, hadiah. Jangan tension tension sangat. Yang penting, banyak ingat Allah." Bungkusan biru bertukar tangan.

"Insha Allah. Terima kasih. Big time.". Tanganku diraih. Kami bersalaman. Pipi dilagakan dua kali. Kanan, kiri. Perlahan-lahan, kereta hitamku bergerak meninggalkan perkarangan rumahku, susuk tubuh Abi, Ummi, dan Syazwani yang melambai-lambai tangan semakin mengecil sebelum hilang dari pandangan.


* * *
Bungkusan biru dibuka. Sebotol minyak wangi kasturi putih dan sebuah buku Cinta di Rumah Hassan al-Banna kuraih.' Bertambah meriah Pustaka Baitul Hikmah, nanti.' detikku dalam hati.

Allah ya Allah, terima kasih untuk anugerah ini. Aku memohon, ya Tuhan agar Engkau mengizinkan kami untuk berada di bawah naungan kasih-Mu ketika manusia pada hari itu berlari-lari mancari perlindungan, di Padang Mahsyar.

Sepotong hadith terlintas di fikiranku.
 
Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkn oleh Al-Bukhari & Muslim: Maksudnya perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium daripadanya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium dairpadanya bau-bauan yang busuk.


Syazwani Syuhada, benarlah. Keharumanmu tersebar sampai ke sini. Jumpa lagi, di MENARA CAHAYA.

Aku mencalit haruman kasturi itu di kedua pergelangan tanganku.



kredit: Madmie Channel :)
 


kredit : Madmie Channel:)