Yang indah.

Saturday 28 September 2013

The Next alBanna.

 
 
 
 
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu.
Bertemu untuk mematuhi perintahMu
Bersatu memikul beban dakwahMu.
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.
Maka eratkanlah, ya Allah akan ikatannya.
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini.
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu.
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentangMu.
Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.
Ya Allah, restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami, Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.
 

Doa Rabithah diaminkan.

Tangan diraupkan ke muka. Dari atas ke bawah. Semua tutup Mathurat.

"Buka majlis dengan Ummul Furqan, AlFatihah." Semua tangan ditadah. Kepala ditundukkan sedikit. Mulut terkumat kamit. Selang 10 saat, bacaan AlFatihah diaminkan. Hampir serentak.

"Okie dokie. Semua dah bersedia?"

"Yes yes. Bersedia." Haikal bersuara, mewakili 4 usrahmates yang lain. Hamzah , Syamil, Najdi dan Izzuddin mengangguk laju.

"Good. Amir Hamzah mula dulu."

"Baiklah. Bismillah. Nama sebenar beliau ialah Imam Hassan bin Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna. Beliau dilahirkan di Iskandariah, Mesir. Tahun 1906. Basically, beliau sangat aktif dalam beberapa persatuan seperti Jamiyyah Makarim al-Akhlaqi al-Islamiyyah dan Jamiyyah al-Suluk al-Akhlaqi. Lepas tu, barulah beliau menubuhkan gerakan Ikhwanul Muslimin. Banyak dipengaruhi oleh fikrah dan cita-cita perjuangan Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin Al-Afghani. Beliau meninggal dunia ketika berumur 43 tahun.Ok, done my part. Haikal pulak. Oh lupa nak cakap, beliau meninggal dunia di Kaherah." Hamzah pandang Haikal.

"Ehem." Haikal Syafie berdehem, clearing his throat. "Anak Pak Dolah pergi pekan, Dengan Bismillah saya mulakan."

"Ok, permulaan yang menarik, Encik Pemantun Antarabangsa." Najdi Faiz pandang Haikal sambil membawa rambut hadapannya yang sedikit panjang itu ke belakang.

Haikal menarik senyum standardnya. Manis. Mungkin sebab 2 lesung pipit dan tahi lalat di bibir bawahnya kot. Mungkin. "Ok ok. Continue. Beliau banyak membaca buku dari pelbagai bidang, contohnya tasawwuf dan sejarah Islam. Suka bergaul dengan para ulamak dan berbincang dengan mereka. Dan sangat tak suka kepada pemikiran dan budaya yang datang dari Barat. Imam Hassan al-Banna mendapat pendidikan awal di Madrasah al-Rasyad al-Diniyyah. But then, berpindah ke Madrasah al-I'dadiyyah. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, sebuah pusat latihan perguruan. Pelajaran peringkat Diploma pun disambung kat Darul Ulum jugak. After that, beliau berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma'iliyya. Ok, selesai bahagian aku. Din punya turn."

Izzuddin Sulaiman sinsing lengan kemejanya. Gaya nak buat kerja dapur yang banyak. " Oraito. Ada tiga sumbangan besar Imam Hassan Al-Banna dalam gerakan dan pemikiran Islam. Yang paling femes, ofkos laa Al-Mathurat en. Risalah yang memuatkan himpunan ayat Al-Quran dan doa-doa yang ma'thur yang menjadi amalan beliau dan anggota Ikhwanul Muslimin. Second, Majmu' al-Rasail. FYI, Majmu' al-Rasail ni ekceli adalah himpunan tulisan dan ucapan beliau yang ditujukan kepada ahli-ahli Ikhwanul Muslimin. Basically, perbincangan yang terdapat di dalamnya meliputi penerangan yang berkaitan dengan prinsip-prinsip asas perjuangan Ikhwanul Muslimin laa. Juga, tentang prinsip-prinsip Islam macam jihad, dakwah, kerajaan Islam, ekonomi dan akidah. Last but not least, Al-Jihad fi al-Islam. Ok, menurut Imam Hassan al-Banna, segala usaha yang dilakukan yang berbentuk menyeru kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar adalah tergolong dalam makna jihad. Dan dan, jihad yang paling tinggi adalah berperang di jalan Allah. Selesai tugas aku. Next, siapa pulak?" Pandang semua wajah usrahmates satu-satu.

Senyap 7 saat. Semua usrahmates pandang satu sama lain.

Tiba-tiba Syamil Aiman angkat tangan. "Aku. Aku. Aku punya turn" Sengih ditarik ke kanan. Tangan kanan letak atas kepala. Garu kepala yang tak gatal. Habit orang lelaki. " Aku salin notes tadi. Sorry sorry."

Gelak pecah. "Takpe takpe. Teruskan. Bukan buat jenayah tahap international assassin pun." Abang Imran bersuara dengan sisa sisa gelak.

Syamil tarik nafas. Lepas. "Baiklah. Hassan al-Banna meninggalkan pengaruh yang besar dalam gerakan Islam antarabangsa. Why I said so? Well, Gerakan Ikhwanul Muslimin telah berjaya berkembang di seluruh dunia. Example- Jordan, Kuwait, Sudan dan Syria. Di Syria sendiri, Ikhwanul Muslimin ada lebih dari 70 cawangan."

"Felamaks. Bapak banyak." Ternganga mulut Izzuddin.

"Yes yes. Bapak tok nenek banyak. Plus, pemikiran beliau menjadi rujukan gerakan Islam bukan sahaja di dunia Islam, malah merentasi negara Barat. Buku-buku dan karya beliau menjadi bahan penyelidikan gerakan Islam masa kini. Dan, antara penglibatan Hassan al-Banna dalam aktiviti masyarakat ialah beliau bersama-sama sahabatnya menubuhkan kilang-kilang, kelab sukan, hospital dan sekolah Islam. Tak terhenti kat situ je, beliau juga melahirkan dan mentarbiyah jutaan sukarelawan yang sedia berkhidmat untuk masyarakat. Instead of sentiasa berceramah di masjid dan kedai-kedai kopi, beliau juga menyumbangkan bakti untuk mengajar keluarga muridnya pada waktu malam."

"Sumpah legend." Haikal mematikan gerakan pen atas buku usrah.

"Memang legend. Tu tara tak sampai aku punya part lagi. Nak dengar?" Najdi Faiz bersuara. Menggebu-gebu suasana.

"Nak nak." Semua kepala angguk laju.

"Bersedia? Ok, Al-Imam Hassan al-Banna menubuhkan gerakan Ikhwanul Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Guess what? Waktu tu, umur beliau 23 tahun. Lagi bertambah ke'legend'nan beliau apabila Ikhwanul Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir selepas Perang Dunia Kedua apabila gerakan ini turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik. Pengaruh Ikhwanul Muslimin yang sangat kuat tu menyebabkan kebimbangan tahap Tera dirasai oleh kerajaan Mesir yang pada masa tu dipimpin oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di. Disebabkan kebimbangan yang melampau lampau, jadi al- Nukrasi Bassa bertindak mengharamkan Ikhwanul Muslimin pada 1948. Nak tau apa reason dorang?"

"Nak nak nak." Angguk lagi.

"Heh, Ikhwanul Muslimin dituduh merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Permainannya mereka sudah kita nampak, bukan? But wait, ada lagi.. Sungguhpun begitu, Imam Hassan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba sedaya-upaya untuk menyelamatkan Ikhwanul Muslimin. Malangnya, beliau ditembak ketika waktu Zohor. 12 Februari 1949 semasa keluar dari bangunan Ikhwanul Muslimin. Sekarang memang dah jelas permainan kotor mereka,kann." Najdi betulkan kolar bajunya.

"Yes yes. Tapi mereka lupa satu hal kot."

"Hal apa?" Semua pandang Imraan Hafiziy

"Mereka mungkin boleh haramkan Ikhwanul Muslimin. Mereka mungkin berjaya menghapuskan Imam Hassan al-Banna. Tapi tapi, mereka lupa. Ikhwanul Muslimin bukan bergerak dengan jasad, tapi dengan ruh." Imran menyapu pandangannya pada semua anak usrahnya.

"Well said, Abang."Najdi tepuk belakang Imran tiga kali.

"Legend, memang bergaya. Macam Imam Hassan al-Banna." Syamil pegang dagu, sambil angguk-anggukkan kepala perlahan-lahan.

"Can't agree more." Amir Hamzah buat thumbs up. Senyum lebar-lebar.

"Ok. disebabkan semua anak-anak usrah abang siapkan tugasan ni dengan penuh kool, jadi marilah sama-sama kita bergerak ke kedai cendol Pak Samad sementara masih bukak. Kalau dah tutup karang, esok lusa takde dah offer ni."

"Baiknya daddy usrah kita." Haikal Syafie menjeling Imran, sambil mengulum senyuman.

"Daddy usrah korang panggil aku? Abi usrah laa, soleh sikit bunyinya."

Gelak tak dapat dibendung lagi. Usai tasbih kaffarah dan Surah Al-Asr diaminkan, semua lari laju laju ke kedai Cendol Pak Samad. Best in Malaysia kot. Gila nak lepas.

Imran geleng kepala. 'Umur 18, tapi perangai tak kalah macam budak 8 tahun. Tapi, biar pemikiran mereka matang, macam Imam Hassan Al-Banna.' doa Imran Hafiziy dalam hati.

"Daddy usrah yang kami sayang, cepatlah." Semua usrahmates jerit kuat-kuat. Semua orang awam pandang.

Ah, pedulikan. Imran Hafiziy lari lalu laju. 6 cendol pulut special dipesan.


 






* * *

1007

28Sept2013

PulauPinang

Dua hari siapkan post ini. Mulamula rasa macam nak berhenti je masa first day. Tapi harini, sambung jugak. Yang nak ketuk hati manusia dengan hidayah tu, Allah. Yang nak izinkan ilmu ni jadi manfaat kat orang lain pun Allah. So, kalau dah terdetik nak menulis tu, tulis je. The rest kerja Alllah. Tak payah masuk campur.

Usai menyemak semula buku PQS Tingkatan Lima. Terasa perlunya mengenal tokoh-tokoh Islam. Dulu, time SPM takdenya nak bukak part ni. Sebab tahu, takkan jawab punya part Tamadun. Tapi, ilmu bukan untuk dibawa dewan peperiksaan. Tapi, untuk dibawa masuk dalam dada.

Aman.


-notakaki-
Err.
Ada sesape nak belanja saya makan cendol pulut special?

Nampak macam sedap.
Kbai.


No comments:

Post a Comment

feel free? do drop a line ^^